Tuesday, September 25, 2012

Cat's Item For sale. Kindly call/wassapp me at 016 382 3506





** Free delivery to customers from  Beranang, Semenyih, Kajang, Balakong,  Serdang, Bangi  
     or Putrajaya.
** An additional RM20 (per trip) will be charge as delivery cost for customers from Shah 
     Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara
** An additional RM30 (per trip) will be charge as delivery cost for customers from Sungai 
     Buloh, Rawang or Kepong






Carrier Bag - RM75-RM85


Carrier Bag - RM75-RM85






Litter Box 02 - RM35

Litter Box 03 - RM40

Food/Medicine Storage Can - RM10


Wednesday, May 09, 2012

My Heroes and Heroins

Luna Aurora

Luna Aurora

Luna Aurora

Luna Aurora

Bayu Rossa



















Putra Asmara
Putra Asmara
Gratel

Wednesday, January 18, 2012

Sudut Informasi

Januari 2012: Hukum Mengembiri Binatang/Kucing 

Secara umumnya, mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi – tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya. Daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah (khasnya kambing) . Imam Malik Bin Anas (rh) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus kecuali pada KUDA kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula, ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan. Maka dengan perbuatan itu melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak. Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak atau yang memelihara seekor binatang supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan atau peliharaan mereka sebaik mungkin. Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan lanjut di hadapan Tuhan Yang Maha Adil, Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak. Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan, minuman, perlindungan, ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut. Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas. Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA (boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya (Islamnya) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan, maka tidak ada halangannya menurut agama kita. Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala dan apatah lagi kepada sesama manusia yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini. Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh), Imam Al-Hakim (rh), Imam Ibnu Majah (rh) dan Imam Daruquthni (rh)
Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/page/109/?archives-list=1